Isnin, November 21, 2016

Kempen Simpan Duit RM5 dan RM20

Hari ini saya ingin berkongsi satu tips yang sangat berguna - menyimpan not RM5 dan RM20. Saya pasti ramai yang sudah tahu mengenai tips ini. Kalau tahu, dan dilaksanakan, tahniah! Sebarang pengalaman dialu-alukan untuk sama-sama kita kongsikan. Kalau belum lagi tahu, marilah kita sama-sama memulakan kempen ini.
p/s: saya sendiri baru bermula pada hari ini.

Cara-caranya agak mudah difahami, tetapi agak sukar dituruti. Oleh kerana RM5 dan RM20 adalah not yang jarang diperoleh berbanding RM1, RM10, dan RM50, hal ini membuatkan not RM5 dan RM20 sangat sesuai.

Cara-cara:
  1. Simpan setiap not RM5 dan RM20 yang kita dapat.
  2. Kumpul dan jangan guna sehingga tempoh matang yang ditetapkan.
Apa-apa pun disiplin adalah sangat penting. Tips tambahan, duit tersebut janganlah dijenguk-jenguk :)

Rabu, November 16, 2016

Temuramah: Saya

Hari ini saya berkesempatan menemuramah dengan seorang blogger baru, En. Pixel M.

Klik untuk melihat dengan lebih dekat

Saya: Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa pada petang ini.

Pixel M: Sama-sama.

Saya: Apakah rahsia disebalik nama blog ini?

Pixel M: rm100k merupakan tujuan atau misi saya buat masa sekarang untuk mencapai misi saya yang sebenar. Menurut blog budgetsaresexy, $100,000 yang pertama adalah yang paling sukar.
The first $100,00 is the hardest - J. Money
Saya:  Siapakah Pixel M?

Pixel M: Pixel M ialah saya. Huruf M boleh bermaksud apa-apa sahaja yang anda fikirkan - media, macho, money, dan sebagainya. (ketawa)

Saya: Apakah tujuan blog ini dibuat?

Pixel M: Blog ini mempunyai pelbagai tujuan. Tujuan utamanya ialah untuk mendisiplinkan diri dan memberi inspirasi kepada diri saya dalam perjalanan menuju sasaran sebenar. Selain itu, blog ini juga akan menceritakan kisah benar mengenai perjalanan duit saya dari masa ke semasa disamping memberi tips-tips yang berguna mengenai kewangan - sudah tentu untuk diri sendiri, dan para pembaca.

Saya: Adakah misi tersebut sudah lama dibuat?

Pixel M: Misi 1 juta itu timbul sejak 2-3 bulan kebelakangan ini. Oleh kerana tiada benda yang ingin dikejar-kejarkan dan agak berasa bosan sedikit, saya terfikir untuk membuat sesuatu perubahan pada diri sendiri.

Saya: Akhir sekali, apakah harapan anda mengenai blog ini?

Pixel M: Saya berharap blog ini dapat menjadi satu platfom untuk sama-sama kita berjaya.

Saya: Terima kasih atas temuramah ini. Semoga encik dapat mencapai misi yang telah dibuat.